##Founder 1
Izzatul As’Syura binti Ismail merupakan graduan Diploma in Entrepreneurship, Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Beliau telah menerima Anugerah Graduan Cemerlang (AGC) pada Konvokesyen IPMA Perdana 2024, selain meraih Anugerah Program Khas semasa tahun akhir pengajian. Sepanjang tempoh pengajian, beliau juga aktif dalam kepimpinan mahasiswa dan pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
##Founder & Designer 2
Ahmad Faris bin Izuddin merupakan graduan Fakulti Sains Teknologi Multimedia, Universiti Islam Selangor. Beliau dianugerahkan Anugerah Jabatan Terbaik bagi fakulti tersebut dan pernah meraih saguhati dalam Pertandingan Logo Sekretariat Rukun Negara 2022, sekali gus membuktikan minat dan bakat beliau dalam bidang reka bentuk kreatif.